suatu rakaman suasana di kampus.....
Menangani Cinta Di Kampus
Apakah itu Cinta?
- Perasaan kasih yang mendalam terhadap sesuatu.
- Antara suka, saying , kasih, cinta rindu, syok dsb…
Kenapa manusia bercinta?
- Fitrah manusia bercinta, hati manusia kosong tanpa cinta.
- Rasa ingin menyayangi dan disayangi , memiliki dan dimiliki.
- Memenuhi naluri kelakian dan kewanitaan.
Apakah jenis-jenis cinta?
- Cinta agung: iaitu cinta kerana Allah
- Cinta murni: iaitu cinta manusia kerana Allah dan mengikut syariat seperti cinta suami isteri
- Cinta melampau: cinta manusia dengan disertai maksiat kepada Allah
Kenapa timbul isu cinta di kampus?
- Umur pelajar universiti sudah mencecah dewasa
- Tekanan di dalam belajar mendorong cinta
- Pengaruh media dan persekitaran menggalakkan pergaulan
- Keinginan mencari pasangan ideal
- Ikut-ikutan
Apakah hukum bercinta sebelum kahwin ?
- Perasaaan cinta bukan satu kesalahan kerana ia adalah dari hati.
- Jika syariat dijaga sepanjang masa oleh kedua-dua belah pihak maka tiada masalah
- Namun agak sukar menjaganya kerana dorongan maksiat amat mudah berlaku
Awasi zina mata, zina hidung , zina lidah, zina tangan , zina fikiran(imaginasi) , dan perkara lain yang mendekati dan mendorong zina. - Syaitan sentiasa menghasut dan menemani cinta melampau
- Elakkan cinta melampau, mencegah lebih baik daripada merawat.
Bagaimana mengatasi cinta melampau?
- Merancang untuk bercinta dan berkahwin, supaya tidak bercinta terlalu lama.
- Banyakkan puasa untuk kekang nafsu.
- Pilih pasangan yang beragama dan memahami batas syariat.
- Sentiasa mengikuti program ilmu dan tazkirah
- Sentiasa ingat mengingati sesama sendiri
- Elakkan bertemu tanpa pihak ketigaseperti keluarga dan sebagainya
- Elakkan menggunakan menggunakan komunikasi intim
- Usah terlalu kerap berhubung (telefon, sms, surat dsb)
Sibukkan diri dengan kerja-kerja dan aktiviti bermanfaat, kurangkan berkhayal. - Kurangkan urusan dengannya.
- Banyakkan doa dan munajat
- Usah bercinta terlalu lama, kahwin segera jika mampu untuk elakkan zina
Dimana saya?
- Belum ada kekasih: rancanglah bila anda mahu mula bercinta, letakkan azam cirri-ciri pasangan idaman, usah bercinta secara tak sengaja.
- Sudah ada kekasih: berkahwinlah segera jika mampu dari segala segi. Jika tidak, pastikan cinta anda cinta murni, bukannya cinta melampau.
- Usah dipandam masalah dan konflik jiwa, bincangkan dengan yang arif.
- Selalu berdoa agar kita tidak terejebak dalam fitnah
- Pastikan cinta agung itu diutamakan . Isi hati dengan cinta Allah nescaya ketenangan itu menjadi benteng gelombang maksiat.
0 comments:
Post a Comment