Posting Terkini!!!

Kertas Cadangan Webblog TautanHati

|

Muqaddimah dan Rasional

Alhamdulillah , kertas ini sebenarnya merupakan edisi kedua yang bertujuan untuk memperkemaskan penjelasan dan meluaskan skop fungsi kewujudan blog tautanhati.

Untuk makluman semua, sebelum ini proposal blog tautanhati hanyalah memfokuskan kepada ahli tautanhati yang bergelar alumni. Fokus sebelum ini sebenarnya hanyalah sekadar resolusi untuk mengatasi kesunyian ‘yahoogroup tautanhati’ yang dilihat kurang berfungsi dalam menyatukan ahli tautanhati. Maklumat lanjut tentang proposal pertama sila rujuk link Webblog: Pengubat Sunyi TautanHati

Pengemasan dan pelebaran skop pada proposal kali ini adalah untuk menyatakan bahawa fungsi webblog perlu dirangkum bagi menjadi suatu medium untuk memberi sumbangan terhadap adik-adik JIK yang bakal menjadi ahli ALUMNI tautanhati suatu masa nanti.

Pengemasan yang ana lihat adalah , ‘webblog tautanhati’ seharusnya menjadi ‘one stop center’ sebagai bukan sekadar menjadi medium ukhwah dan perkongsian sesama ahli alumni sahaja , bahkan ia lebih daripada berfungsi menjadi medium ‘memberi’ sumbangan kepada adik-adik JIK.

Memahami konsep ‘memberi’ dan menyedari bahawa ‘tangan yang diatas lebih baik daripada yang dibawah’ maka, kewujudan medium tanpa sempadan dan fleksibel ini adalah sebenarnya mengurangkan alasan untuk tidak ‘memberi’ . Sememangnya kita maklum bahawa ‘memberi’ adalah suatu yang tidak dapat dinafikan kemuliaannya , namun, penghalangnya adalah sikap acuh tidak dikalangan ahli alumni di dalam melibatkan diri di dalam memberikan sumbangan.

Disini, saya tidak menafikan persoalan keterbatasan masa dan ‘akses’ terhadap fasiliti internet adalah salahsatu halangan utama. Namun, ianya bukan suatu ‘excuse’ untuk kita sambil-lewa serta tidak langsung memberi apa-apa sumbangan. Tanyalah diri anda diri anda, apakah usaha terbaik selama ini yang telah anda lakukan untuk terus memberi sumbangan ? dan Adakah anda termasuk di dalam golongan terlalu kreatif untuk mencari ‘excuse’ , mencipta alasan , ataupun menjadi golongan tidak pernah peduli tentang persoalan ini? Fikir-fikirkanlah, pastinya anda tidak boleh membohongi diri anda, golongan manakah diri anda?

Bagi diri saya, merupakan individu yang agak terbatas dari segi geografi untuk datang memberi sumbangan secara langsung kepada adik-adik JIK dan ditambah lagi dengan komitmen kendiri yang pastinya tidak mudah untuk saya datang selalu ke kampus untuk menjenguk adik-adik JIK , maka sumbangan berbentuk maya ini adalah jalan terbaik bagi saya. Namun saya tidak menafikan, sahabat-sahabat lain juga masih cara lain untuk ’memberi’ sekiranya masih tidak mampu untuk bersama menyahut cadangan saya ini.

Akhir kalam , usaha kerdil saya ini dalam membentuk satu sistem untuk memberi sumbangan pada semua sebenarnya adalah untuk mamastikan kita semua terus bersama-sama diatas landasan dakwah yang mana pernah kita nekadkan dalam proses tarbiyah yang telah kita lalui di kampus suatu ketika dahulu.

Sekian dulu, Salam mahabbah, salam mujahadah dan salam istiqamah.

Matlamat Mewujudkan Blog TautanHati

  1. Mewujudkan suatu medium ukhwah maya berkonsepkan ’jauh dimata dekat dihati’.
  2. Mewujudkan medium alternatif selain yahoogroup sebagai saluran penghubung dan saluran perkongsian maklumat.
  3. Mewujudkan medium perhubungan interaktif dan mempunyai beberapa kelebihan berbanding yahoogroup sepertimana yang telah dijelaskan dalam proposal pertama.
  4. Menjadikan ianya sebagai satu saluran bagi adik-adik JIK utnuk mendapatkan panduan dan bantuan daripada alumni dan mencipta peluang untuk alumni memberikan sumbangan.

Asas dan Ciri-Ciri Blog

  1. Blog yang dibentuk dinamakan tautan-hati.blogspot .com
  2. Hanya ahli tautan hati dan adik-adik ahli JIK terpilih sahaja yang boleh membaca blog tersebut, ianya akan ditentukan oleh sistem blog yang dibina.
  3. Team admin akan dibentuk yang terdiri daripada Penulis Blog Tetap , Penyelenggara Blog yang berperanan untuk memastikan blog berfungsi selari dengan matlamat yang telah digariskan.

Pelan Tindakan

  1. Pembinaan asas blog
  2. Pembentukan Team Admin
  3. Kursus /Taklimat berkaitan kepentingan blog dan asas penggunaan blog.

Penutup

Apa yang ana harapkan, maksud ana dapat disampaikan melalui kertas kerja ringkas ini. InsyaAllah, sebarang pembaharuan atau maklumat terkini berkaitan dengan usaha ini, akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Sekian , Wassalam.


Yang Menjalankan Amanah

Ketua Perhubungan Alumni



2 comments:

Unknown said...

Tahniah! Saya menyokong usaha saudara demi ukhwah kita bersama. kalau perlu bantuan,saya cuba hulurkan sekadar yang termampu.

Kalam Bicara said...

tolong siapkan diri utk kursus asas penggunaan blog dan kepentingan yg bakal diadakan nanti.

Post a Comment