Posting Terkini!!!

Apabila Seseorang Datang Bertanya!!! ~~ Part 1


"Apabila datang kepada kamu peminang yang engkau puashati dengan agamanya dan kelakuannya, maka kahwinkanlah dia. Jika tidak, akan berlaku fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang berpanjangan " ~hadis riwayat At Tirmidzi.


Hadis diatas ana petik dari sebuah buku yang bertajuk "Tarbiyatul Awlad Fil Islam" (Pendidikan Anak-anak Dalam Islam) karangan Sheikh Abdullah Nasih Ulwan yang sempat ana belek sebelum ke tempat kerja pagi tadi. Hadis ditujukan kepada pihak wali dan seseorang muslimah yang terlibat dengan situasi itu.

Ana tidak berhasrat untuk memberi penjelasan dari sudut asal perincian hukum terhadap hadis tersebut berikutan ana masih mengkaji sepenuhnya hadis tersebut dari segi Sanad dan Matan. Cuma ana berminat untuk berkongsi meneliti pengajaran daripada zahir hadis tersebut berdasarkan serba sedikit petunjuk kedhaifan ilmu yang ana ada. Moga-moga beroleh manfaat bersama.

Situasi Serba Tak Pasti

Suatu realiti yang tak pasti adalah perkara biasa bagi muslimah yang disapa, umumnya begitu dan kes agak terpencil bagi muslimin pula yang disapa, tetapi tidak mustahil berlaku. Realiti umum tersebut sememang selalu berlaku terhadap muslimah yang samaada sedang menanti atau tak menyangka.

Maka atas kefahaman , perjalanan yang perlu diteruskan maka keputusan terhadap persimpangan ini perlu diharungi dan dibuat. Keputusan yang melibatkan beberapa pilihan samaada a) menerima b) menolak c) menerima bersyarat d) menolak beralasan .
Persimpangan membuat keputusan yang besar begini adalah memerlukan beberapa teknik yang harus difahami, jika tidak , muslimah terbabit akan terus berlegar-legar dalam situasi tak pasti, yang mungkin dia merasakan dia masih belum membuat keputusan tetapi sebenarnya tindalan begitu adalah pra keputusan terhadap pilihan b iaitu menolak . Keputusan pilihan b yang berasal dari kitaran minda yang tak pasti itu adalah menggambarkan kurangnya kefahaman muslimah tersebut tentang teknik-teknik penting bagi menempuhi persimpangan kehidupan.

Memahami Tentang Perkahwinan

Pemahaman mengenai tujuan utama perkahwian adalah perkara penting yang perlu dibincang sebelum berbincang berkaitan teknik menempuh persimpangan keputusan. Jika kita meneliti doa iftitah yang kita baca setiap kali solat itu, maka kita akan bertemu jawapan disana.

"Sesungguhnya solatku , dan urusanku , dan hidupku dan matiku kerana MU tuhan sekalian alam"

Maka baitan lafaz doa ini sudah cukup untuk menjelas tujuan utama perkahwinan. Lafaz diatas jelas memberi erti bahawa keredhaan Allah yang dicari . Maka asas utama untuk kita letakkan dalam penentuan keputusan sedemikian.

Seperkara lagi, saya rasa anda sudah jelas bahawa perkahwinan bukanlah hanya kisah tentang penyatuan "lelaki&perempuan" atau "suami&isteri . Perkahwinan adalah kisah penyatuan dua buah keluarga . Ia bukan sekadar berkisar suami&isteri bahkan ia melibatkan mertua&menantu, ipar duai dan seterusnya.

Jika sekadar penyatuan suami&isteri pun ianya menjadi suatu polemik keputusan, maka kerunsingan akan lebih bergelojak jika paradigma berkaitan penyatuan dua buah keluarga di dinyatakan.
Saya melihat, saya melihat jawapan bagi lontaran ini masih berpijak pada asas dan tujuan utama perkahwinan yang telah saya nyatakan. Permasalahan hanya terletak pada "Bagaimana pemikiran berkaitan perkahwinan ini diurus?"

Merungkai Kerunsingan

Tadi saya ada menyebut tentang teknik-teknik menempuh persimpangan kehidupan yang perlu difahami oleh muslimah yang masih berminda tak pasti. Sememangnya saya bukanlaj pakar dalam bidang ini. Tetapi mungkin perkongsian yang dhaif ini sedikit sebanyak dapat merungkai persoalan "Apabila Seseorang Datang Bertanya!!!" yang telah saya tajukkan ini kepada yang masih kabur .

Sebenarnya saya menjelaskan sedikit persoalan ini dalam posting saya yang lalu di dalam blog saya kalam-bicara.blogspot.com dalam tajuk "Kisah Gerai Berisi" . Dalam sub tajuk "Pilihan Dalam Kehidupan" saya ada menjelaskan berkaitan bagaima emosi itu perlu diurus. Perbincangan kali ini dikira sebagai sambungan daripadanya.

Bicara yang dihidang sudah mula terasa sedapnya. Saya rasa saya harus berhenti seketika...
Saya akan sambung bual bicara ini dalam part 2 nanti... cukuplah setakat ini dulu untuk meransang kepedulian anda.

Baca lagi!

Akhlak itu dakwah!

Bercakap tentang teori dakwah cukup lancar bagi sesetengah orang..jika ditanya,hui! mau sejam jugak kuliahnya apabila bercakap tentang dakwah secarateorinya..malah mereka boleh menceritakan bagaimana praktik dakwah..pun secara teori juga..

Bagi individu yang terlibat dengan dakwah..mereka akan kurang bercakap tetapi lebih dalam melakukan usaha dakwah..tetapi, timbul satu persoalan di sini..adakah orang2 tertentu sahaja yang mampu melakukan usaha dakwah?
Bila kita melihat dakwah kepada YANG BELUM LAGI ISLAM di Malaysia ini.. Kita dapatmelihat usaha dakwah majoritinya dan yang paling agresif adalah dikalangan rakan-rakan kita yang re-vert (yang kita selalu panggil mualaf, walaupun sudah masuk Islam dekat 20 tahun)

Dalam penulisan ini saya ingin memberi idea bagaimana anda boleh memulakan usaha dakwah tanpa anda perlu berguru selama 10-20 tahun untuk menjadi pendakwah.

Caranya mudah sahaja.. Tunjukkan anda adalah seorangmuslim yang mempunyai akhlak yang baik.. Akhlak yang baik akan memikat sesiapa sahaja.. Jika anda selalu menunjukkan akhlak yang baik kepadasahabat2 yang BELUM LAGI ISLAM.. InsyaAllah itu akan menyumbang kepada keislamannya suatu hari nanti..

Apabila kita kembali kepadaperiod dakwah RAsulullah, kita dapat melihat terpesonanya orang untuk masuk Islam salah satunya disebabkan hebatnya akhlak Rasulullah..

Apabila kita melihat penyebaran Islam kepada negara-negara selain tanah Arab yang berlaku pada zaman sahabat, tentu sahaja mereka amat berlainandari segi bahasa dan budaya.. tetapi pengislaman itu berlaku keranaterpesona dengan akhlak yang ditonjolkan oleh pendakwah yang ikhlas ini..Jadi sahabat-sahabatku. .tidak perlu pecahkepala..bagaimana anda boleh menyumbang dalam dakwah kepada sahabat2 muyang BELUM LAGI ISLAM..

Jadilah muslim yang baik dan berakhlak mulia..InsyaAllah, moga terbuka hati mereka..dalam masa yang sama sedikit2 mempelajari tentang dakwah daripada orang yangbetul..InsyaAllah, sahabatku akan menjadi pendakwah yang hebat suatu hari nanti..

Dakwah itu mudah..betul! :)
.
Baca lagi!

"you'll never walk alone"

Begitulah bunyinya slogan ziarah ukhwah ke rumah sahabat kita di Kapar. Sebelum ini kita uar-uarkan bahawa salah seorang sahabat kita ditimpa musibah. Laporan lanjut akan menyusul selepas rombongan ziarah balik nanti... tunggukanlah Baca lagi!

Tingkatan Puasa

| 0 comments

Menurut Imam al-Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumuddin, tingkatan puasa diklasifikasi menjadi tiga, iaitu puasa umum, puasa khusus, dan puasa khusus yang lebih khusus lagi.

Puasa umum adalah tingkatan yang paling rendah iaitu menahan dari makan, minum dan jima'. Puasa khusus, di samping menahan yang tiga hal tadi, juga memelihara seluruh anggota tubuh dari perbuatan maksiat atau tercela. Sedangkan puasa khusus yang lebih khusus adalah puasa hati dari segala kehendak hina dan segala fikiran duniawi serta mencegahnya memikirkan apa-apa yang selain Allah.

Puasa tahap ketiga tadi adalah puasanya para Nabi-nabi, Shiddiqin, dan Muqarrabin. Sedangkan puasa tahap kedua adalah puasanya orang-orang salih - puasa tingkat ini yang seharusnya kita tuju untuk mencapainya.

Selanjutnya Imam Al Ghazali menjelaskan enam hal untuk mencapai kesempurnaan puasa tingkatan kedua itu:

Pertama, menahan pandangan dari segala hal yang dicela dan dimakruhkan serta dari tiap-tiap yang membimbangkan dan melalaikan dari mengingat Allah. Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa meninggalkan pandangan kerana takut kepada Allah, nescaya Allah menganugerahkan padanya keimanan yang mendatangkan kemanisan dalam hatinya.

Kedua, menjaga lidah dari perkataan yang sia-sia, berdusta, mengumpat, berkata keji, dan mengharuskan berdiam diri, menggunakan waktu untuk berzikir kepada Allah serta membaca Al-Quran. "Dua perkara merosakkan puasa," sabda Rasulullah SAW, "Iaitu mengumpat dan berbohong."

Ketiga, menjaga pendengaran dari mendengar kata-kata yang tidak baik, kerana tiap-tiap yang haram diucapkan maka haram pula mendengarnya. Rasulullah SAW menjelaskan: Yang mengumpat dan yang mendengar, berserikat dalam dosa.

Keempat, mencegah anggota-anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa. Seperti mencegah tangan dan kaki dari berbuat maksiat dan mungkar, mencegah perut dari memakan yang syubhat dan haram.

Kelima, tidak berlebih-lebihan dalam berbuka sampai perutnya penuh makanan. Orang yang berbuka secara berlebihan tentu tidak akan dapat memetik manfaat dan hikmah puasa. Bagaimana dia berusaha mengalahkan musuh Allah dan mengendalikan hawa nafsunya, jika saat berbuka dia justeru memanjakan nafsunya dengan makanan yang terhitung banyak dan jenisnya.

Keenam, hatinya senantiasa diliputi perasaan cemas (khauf) dan harap (raja'), kerana tidak diketahui apakah puasanya diterima atau tidak oleh Allah. Rasa cemas diperlukan untuk meningkatkan kualiti puasa yang telah dilakukan, sedangkan penuh harap berperanan dalam menumbuhkan optimisme.

SEMOGA RAMADHAN TAHUN INI AKAN MEMBAWA RAHMAT DAN BARAKAH KEPADA KITA SEMUA….INSYA ALLAH.
Baca lagi!