Posted by
Syahadah_Aziyati
at
Tuesday, November 24, 2009
Tawadhu' biasanya di terjemahkan dengan erti merendah diri. Beberapa pandangan ulama' berkaitan sifat tawadhu' ialah;
• Bersikap tenang, sederhana dan sungguh-sungguh serta menjauhi perbuatan takabbur (sombong). Tawadhuk adalah satu sifat orang mukmin yang termasuk 'siddiq
• Orang yang patuh dan taat menerima yang benar serta menerima kebenaran itu walau dari sesiapa pun
• Tidak pernah menganggap dirinya lebih tinggi dari orang lain.
Orang yang yang tidak pernah membusungkan dada, orang yang bersifat lemah lembut dan hormat pada sesiapa pun, meskipun orang yang miskin dan tidak berpangkat.
Sifat yang tegas, hanya 'menerima yang hak dan menolak yang batil
• Satu tekad kesungguhan dalam mencapai yang benar."
Allah berfirman dalam sebuah hadis Qudsi:
يقول الله : من تواضع لي هكذا - وجعل باطن كفه إلى الأرض وأدناها إلى الأرض - رفعته هكذا - وجعل باطن كفه إلى السماء ورفعها نحو السماء
Maksudnya;"Barangsiapa tawadhuk(merendah diri) kerana Aku(Allah) seperti begini: ia itu Rasulullah menunjukkan dengan menelangkupkan tangannya ke Bumi, nescaya Aku angkat seperti ini(ia itu Rasulullah membalikkan tangannya ke arah langit)."
(Abu Bazar, Abu Ya'la dan Thabrani) Allah berfirman dala surah Al Furqan ayat 63
وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا"
Dan Hamba-hamba Allah yang Maha Penyayang, ia lah orang yang berjalan di atas muka Bumi dengan rendah hati, dan apabila orang-orang jahil mengajak bertengkar dengan mereka, mereka balas dengan ucapan-ucapan bijaksana."
Antara perilaku orang yang tawadhu' ialah;
• Mudah menerima pandangan orang lain biarpun dia juga ada pandangannya sendiri. Dia tidak ada apa-apa masalah menerima pandangan orang yang lebih muda daripadanya ataupun orang yang lebih rendah pangkat daripadanya.
• Sabar dalam perbincangan, tidak mudah marah atau emosional, lebih menjaga suasana harmoni dalam perbincangan tersebut daripada bertegang leher dengan rakan-rakannya.
• Tidak memilih-milih kawan, boleh bergaul dengan semua orang, tidak kira samada orang bawahan atau orang atasan, kaya atau miskin, sihat atau sakit. Malah, boleh duduk bermesra dalam satu majlis dengan orang yang pernah mengkritiknya.
• Saling hormat menghormati, sekiranya berjawatan, ia menghormati orang bawahannya. sekiranya kaya, ia sangat memuliakan orang yang fakir dan miskin. Tidak timbul baginya yang ia ada kelas tersendiri.
• Dalam pergaulan, lebih suka menjadi pendengar dan hanya akan bercakap bila perlu sahaja, tidak sewenang-wenangnya akan memotong percakapan orang sebaliknya memberi peluang orang itu menghabiskan percakapannya.
• Dalam majlis, jika ada sesuatu kebenaran yang hendak diperkatakan, suka kebenaran itu keluar daripada mulut orang lain. Lebih-lebih lagi, jika ada orang yang lebih berpengalaman atau berilmu daripadanya dalam majlis itu.
• Kalau diminta memberi pendapat dan pendapatnya diterima orang, tidak mendabik dada sebaliknya bersyukur kepada Tuhan. Jika pendapatnya ditolak, lapang dada dan tidak berkecil hati.
• Mudah memberi maaf kepada orang yang tersilap dengannya. Dia tidak mudah memarahi atau menghina orang tersebut.
• Segera minta maaf jika berlaku kesilapan daripadanya sekalipun kepada orang itu lebih rendah daripadanya dari segi jawatan atau umur.
• Tidak minta dihormati atau dimuliakan atas kedudukannya. Jauh sekali berkecil hati jika tidak dihormati atau dimuliakan. Namun dia menerima dengan baik orang-orang yang mahu menghormati dan memuliakannya.
• Tidak meninggi diri dengan menceritakan kelebihan yang ada pada dirinya. Sebaliknya dia lebih suka menceritakan kebaikan orang lain sebagai teladan.
Baca lagi!
Posted by
Syahadah_Aziyati
at
Friday, October 09, 2009
"Di mana hati bertaut, di situ ukhuwah di sambut"...Alhamdulillah, dgn izin Allah S.W.T, program Jalan -Jalan Raya TAUTAN HATI berlangsung dengan jayanya.Insyaallah memantapkan lagi ukhuwah kita semua yang telah terbina..
Jutaan terima kasih buat semua warga ALUMNI TAUTAN HATI yang datang dan juga adik-adik penyambung porjuangan di kampus atas kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan program pada kali ini.Moga ukhuwah yang terbina sentiasa dirahmati dan diberkati Allah S.W.T.Insyaallah.
Buat warga TAUTAN HATI yang tidak dapat datang, Insyaallah jika dipanjangkan umur, kita jumpa pada program Syawal tahun hadapan.
“Sahabat hadirmu sebagai pengubat,Dari utusan yang Maha Hebat,Untuk melihat umat kembali bertaubat,Hadirmu jua sebagai penyelamat,Di atas landasan rahmat dan berkat,Agar selamat dunia dan akhirat.”
Baca lagi!
Posted by
Syahadah_Aziyati
at
Tuesday, October 06, 2009
“ Dan di antara tanda-tanda Kekuasaan-Nya adalah Ia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu merasa tenteram dengannya, dan dijadikan- Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang Yang Mengetahui”(Surah Ar Rum : 21)
Selamat Pengantin Baru buat Akhi Sharidan dan zaujahnya, Ukhti Suzana yang selamat mendirikan masjid.
Semoga Allah memberkati dan melimpahkan barakah kepada pengantin. Dan, moga ikatan perkahwinan yang terbina ini dapat mewujudkan sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Insya Allah.
Baca lagi!
Posted by
Syahadah_Aziyati
at
Wednesday, September 30, 2009
Posted by
Syahadah_Aziyati
at
Thursday, September 17, 2009
Hari esok kita berpuasa
Setahun sekali hanya sebulan
Sempatkah kita menyempurnakan
Hingga sampai ke penghujungnya
Sebulan Ramadhan kita berpuasa
Menahan diri dari lapar dahaga
Menekan nafsu bermaharajalela
Melatih diri beramal sentiasa
Sepanjang Ramadhan
Syaitan dalam rantaian
Terbuka luas pintu kebaikan
Tanda rahmat kasih sayang Tuhan
Itulah kemuliaan di bulan Ramadhan
Solat Tarawih menjadi amalan
Meriahkan lagi keberkatan malam
Tadarus Quran penambah seri
Tenangkan hati membersihkan diri
Paling istimewa di bulan Ramadhan
Berlakunya malam Lailatul Qadar
Turunlah malaikat meraikan semua
Menyambut amalan yang ikhlas di antara kita...
Salam Ramadhan buat semua..
Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya...
Insyaallah
Baca lagi!
Posted by
Syahadah_Aziyati
at
Thursday, August 20, 2009
6 Jun 2009, itulah tarikh keramatnya. Perjalanan kami ke Kuala Terengganu seawal 5.15 pagi. Pagi itu, kepala aku masih pusing-pusing, maklumlah nature of my work is travel. Malam sebelum bertolak, aku tidur pukul 12.30 malam kalau silap. Lewat tidur kerana mencuri masa untuk melawat Stadium Melawati Shah Alam, maklumlah Hari Raya Jamaah. Aku bertindak mencuri masa untuk ke sana juga pada petang sebaik sahaja aku pulang dari outstation 3 hari di Jengka , Pahang. Begitulah keadaannya, baru beberapa jam turun dari 'kereta kudaku' , dah nak kena naik balik dah. Alhamdulillah , syukurlah aku dikurniakan kuda yang gagah berlari . "Kudaku lari gagah berlari" .
Jika mengikut perancangan awal , perjalanan aku bersama beberapa ahli TH , kami bertolak dengan 2 buah kereta. Namun, sebuah kereta yang dinaiki oleh 'Cek Mat' telah mengambil langkah proaktif untuk bergerak dahulu pada sebelah malam.
Pukul 5.15 pagi , dalam keadaan 'mamai' , aku meneruskan tugas aku sebagai 'driver' , membawa 'Cek Min' TH , Azim , Hilmi , Farid dan Haziq. (Depa syok la, depa boleh sambung tidoq) . Pagi itu aku sebagai driver pertama nekad untuk mengejar Cek Mat yang jauh meninggalkan kami. Mereka dah berada di Temerloh dikala kami baru nak bertolak dari Gombak. Namun, driver bersama kereta kudanya berjaya melakukan suatu rekod perjalanan yang hebat. 120km/j di Jalan Karak.
Pada jam 7 pagi, kami selamat tiba di hentian R&R Temerloh, tempat Cek Mat menanti kami. Perjalanan diteruskan dan akhirnya kami tiba di rumah Sang Laki Orang pada jam 12.30 tengahhari di Serada , Kuala Terengganu .
Baca lagi!
Posted by
Kalam Bicara
at
Saturday, June 20, 2009
Menyorot dahsyatnya mitos cinta meracuni pemikiran generasi muda hari ini,pelbagai maksiat menular di sana-sini.Pemuda meratah dara sesuka hati. Gadis hilang harga diri. Anak pungut merata-riti. Ah, sekotor inikah cinta anak muda?Tidak! Cinta itu tidak kotor bahkan suci sekudus embun pagi. Tangan manusialahyang mengotorinya.Aduhai pemuda-pemudi yang sedang hangat bercinta!
Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yang sedangmekar antaramu dengan si dia? Kenapa tidak nikah saja? Boleh khalwat lama-lama.

Ambil langkah yang diizinkan Allah seterusnya iaitu dengan berkhitbah(bertunang) dan saling setia pada janji syarak yang di bina. Awas! Hindari segala perkara yang menghampiri zina lagi tidak diredhai-Nya.Khusus buat pemuda-pemudi yang sudah jatuh cinta,Dengarilah kalamku seterusnya istimewa buatmu.
Lihatlah Allah memberi berita gembira berupa kecukupan kehidupan bagi pasangan yang berkahwin:“Dan nikahkanlah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yanglayak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin,Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya, dan Allah Maha Luaspemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur:32).


Posted by
Syahadah_Aziyati
at
Wednesday, June 03, 2009






