Posting Terkini!!!

Apabila Seseorang Datang Bertanya!!! ~~ Part 1

|


"Apabila datang kepada kamu peminang yang engkau puashati dengan agamanya dan kelakuannya, maka kahwinkanlah dia. Jika tidak, akan berlaku fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang berpanjangan " ~hadis riwayat At Tirmidzi.


Hadis diatas ana petik dari sebuah buku yang bertajuk "Tarbiyatul Awlad Fil Islam" (Pendidikan Anak-anak Dalam Islam) karangan Sheikh Abdullah Nasih Ulwan yang sempat ana belek sebelum ke tempat kerja pagi tadi. Hadis ditujukan kepada pihak wali dan seseorang muslimah yang terlibat dengan situasi itu.

Ana tidak berhasrat untuk memberi penjelasan dari sudut asal perincian hukum terhadap hadis tersebut berikutan ana masih mengkaji sepenuhnya hadis tersebut dari segi Sanad dan Matan. Cuma ana berminat untuk berkongsi meneliti pengajaran daripada zahir hadis tersebut berdasarkan serba sedikit petunjuk kedhaifan ilmu yang ana ada. Moga-moga beroleh manfaat bersama.

Situasi Serba Tak Pasti

Suatu realiti yang tak pasti adalah perkara biasa bagi muslimah yang disapa, umumnya begitu dan kes agak terpencil bagi muslimin pula yang disapa, tetapi tidak mustahil berlaku. Realiti umum tersebut sememang selalu berlaku terhadap muslimah yang samaada sedang menanti atau tak menyangka.

Maka atas kefahaman , perjalanan yang perlu diteruskan maka keputusan terhadap persimpangan ini perlu diharungi dan dibuat. Keputusan yang melibatkan beberapa pilihan samaada a) menerima b) menolak c) menerima bersyarat d) menolak beralasan .
Persimpangan membuat keputusan yang besar begini adalah memerlukan beberapa teknik yang harus difahami, jika tidak , muslimah terbabit akan terus berlegar-legar dalam situasi tak pasti, yang mungkin dia merasakan dia masih belum membuat keputusan tetapi sebenarnya tindalan begitu adalah pra keputusan terhadap pilihan b iaitu menolak . Keputusan pilihan b yang berasal dari kitaran minda yang tak pasti itu adalah menggambarkan kurangnya kefahaman muslimah tersebut tentang teknik-teknik penting bagi menempuhi persimpangan kehidupan.

Memahami Tentang Perkahwinan

Pemahaman mengenai tujuan utama perkahwian adalah perkara penting yang perlu dibincang sebelum berbincang berkaitan teknik menempuh persimpangan keputusan. Jika kita meneliti doa iftitah yang kita baca setiap kali solat itu, maka kita akan bertemu jawapan disana.

"Sesungguhnya solatku , dan urusanku , dan hidupku dan matiku kerana MU tuhan sekalian alam"

Maka baitan lafaz doa ini sudah cukup untuk menjelas tujuan utama perkahwinan. Lafaz diatas jelas memberi erti bahawa keredhaan Allah yang dicari . Maka asas utama untuk kita letakkan dalam penentuan keputusan sedemikian.

Seperkara lagi, saya rasa anda sudah jelas bahawa perkahwinan bukanlah hanya kisah tentang penyatuan "lelaki&perempuan" atau "suami&isteri . Perkahwinan adalah kisah penyatuan dua buah keluarga . Ia bukan sekadar berkisar suami&isteri bahkan ia melibatkan mertua&menantu, ipar duai dan seterusnya.

Jika sekadar penyatuan suami&isteri pun ianya menjadi suatu polemik keputusan, maka kerunsingan akan lebih bergelojak jika paradigma berkaitan penyatuan dua buah keluarga di dinyatakan.
Saya melihat, saya melihat jawapan bagi lontaran ini masih berpijak pada asas dan tujuan utama perkahwinan yang telah saya nyatakan. Permasalahan hanya terletak pada "Bagaimana pemikiran berkaitan perkahwinan ini diurus?"

Merungkai Kerunsingan

Tadi saya ada menyebut tentang teknik-teknik menempuh persimpangan kehidupan yang perlu difahami oleh muslimah yang masih berminda tak pasti. Sememangnya saya bukanlaj pakar dalam bidang ini. Tetapi mungkin perkongsian yang dhaif ini sedikit sebanyak dapat merungkai persoalan "Apabila Seseorang Datang Bertanya!!!" yang telah saya tajukkan ini kepada yang masih kabur .

Sebenarnya saya menjelaskan sedikit persoalan ini dalam posting saya yang lalu di dalam blog saya kalam-bicara.blogspot.com dalam tajuk "Kisah Gerai Berisi" . Dalam sub tajuk "Pilihan Dalam Kehidupan" saya ada menjelaskan berkaitan bagaima emosi itu perlu diurus. Perbincangan kali ini dikira sebagai sambungan daripadanya.

Bicara yang dihidang sudah mula terasa sedapnya. Saya rasa saya harus berhenti seketika...
Saya akan sambung bual bicara ini dalam part 2 nanti... cukuplah setakat ini dulu untuk meransang kepedulian anda.

1 comments:

abangki said...

Hebat sekali penulisan ini.
Hm..susah jugak nak menyapa jika si yang disapa meletakkan standard yang agak tinggi untuk ciri-ciri pasangan yang dikehendaki..

Post a Comment