Posting Terkini!!!

Sahabatku Tukar Status



6 Jun 2009, itulah tarikh keramatnya. Perjalanan kami ke Kuala Terengganu seawal 5.15 pagi. Pagi itu, kepala aku masih pusing-pusing, maklumlah nature of my work is travel. Malam sebelum bertolak, aku tidur pukul 12.30 malam kalau silap. Lewat tidur kerana mencuri masa untuk melawat Stadium Melawati Shah Alam, maklumlah Hari Raya Jamaah. Aku bertindak mencuri masa untuk ke sana juga pada petang sebaik sahaja aku pulang dari outstation 3 hari di Jengka , Pahang. Begitulah keadaannya, baru beberapa jam turun dari 'kereta kudaku' , dah nak kena naik balik dah. Alhamdulillah , syukurlah aku dikurniakan kuda yang gagah berlari . "Kudaku lari gagah berlari" .



Jika mengikut perancangan awal , perjalanan aku bersama beberapa ahli TH , kami bertolak dengan 2 buah kereta. Namun, sebuah kereta yang dinaiki oleh 'Cek Mat' telah mengambil langkah proaktif untuk bergerak dahulu pada sebelah malam.

Pukul 5.15 pagi , dalam keadaan 'mamai' , aku meneruskan tugas aku sebagai 'driver' , membawa 'Cek Min' TH , Azim , Hilmi , Farid dan Haziq. (Depa syok la, depa boleh sambung tidoq) . Pagi itu aku sebagai driver pertama nekad untuk mengejar
Cek Mat yang jauh meninggalkan kami. Mereka dah berada di Temerloh dikala kami baru nak bertolak dari Gombak. Namun, driver bersama kereta kudanya berjaya melakukan suatu rekod perjalanan yang hebat. 120km/j di Jalan Karak.

Pada jam 7 pagi, kami selamat tiba di hentian R&R Temerloh, tempat Cek Mat menanti kami. Perjalanan diteruskan dan akhirnya kami tiba di rumah Sang Laki Orang pada jam 12.30 tengahhari di Serada , Kuala Terengganu .
Baca lagi!

Aku Dibius Cinta...

Menyorot dahsyatnya mitos cinta meracuni pemikiran generasi muda hari ini,pelbagai maksiat menular di sana-sini.Pemuda meratah dara sesuka hati. Gadis hilang harga diri. Anak pungut merata-riti. Ah, sekotor inikah cinta anak muda?Tidak! Cinta itu tidak kotor bahkan suci sekudus embun pagi. Tangan manusialahyang mengotorinya.Aduhai pemuda-pemudi yang sedang hangat bercinta!

Bukankah Allah menyediakan jalan halal buat menyuburkan cinta yang sedangmekar antaramu dengan si dia? Kenapa tidak nikah saja? Boleh khalwat lama-lama.

“Ingat nikah tu senang?!” Mungkin ini persoalannya. Mungkin ini yang membelenggu pemikiran anak muda yang sedang bercinta. Samada jawapannya senang atau susah, setiap pasangan yang sudah jatuh hati perlu ada niat untuk memilih jalan halal lagi diberkati ini. Niat yang bersih berperanan mengawal diri agar terhindar dari lembah zina terkutuk dan segala perkara yang menghampirinya.

Apa yang dinamakan cinta lelaki dan perempuan asing hanya boleh dinikmati selepas berumah-tangga. Ingat!Kunasihatkan diriku jua dirimu hai muda-mudi,Dalam urusan jodoh, apapun keputusan buatlah sebagaimana yang dianjurkan olehsyarak dengan jalan istikharah dan musyawarah (berbincang).Andai di sana nampak keserasian, usah terlalu fikirkan masalah, berfikirlah dengan optimis.


Ambil langkah yang diizinkan Allah seterusnya iaitu dengan berkhitbah(bertunang) dan saling setia pada janji syarak yang di bina. Awas! Hindari segala perkara yang menghampiri zina lagi tidak diredhai-Nya.Khusus buat pemuda-pemudi yang sudah jatuh cinta,Dengarilah kalamku seterusnya istimewa buatmu.

Yang masih tak meletakkan nikah sebagai prioriti sekarang, teruskan belajar atau berkerja atau mengejarcita-cita. Penulis ingin berbicara dengan muda-mudi yang sedang lemas dalamlautan cinta.Seringkali bila ditanya pada syabab (pemuda) tentang kenapa tak segeraberzaujah (menikah), mereka amat risaukan masih tak mempunyai pekerjaan tetap.

Sedangkan ada hadis yang menyuruh agar menyegerakan nikah bagi yang sudahbertemu calonnya. Pemuda selalunya bimbang jika tak mampu memberi nafkah kepadabidadarinya dan seluruh isi rumahnya. Faktor ekonomi amatlah membebankan benakmereka. Betul kan ya syabab?Kerisauan ini lumrah.. Ia lahir dari kesedaran bahawa perkahwinan itu bukan suka-suka tapi penuh tanggung-jawab.

Sesetengah orang membuat perhitungan hidup secara matematik, contohnya jika seorang memerlukan biaya RM1000 maka dua orang memerlukan RM2000. Hidup sendiri pun sukar dibiaya apatah lagi hidup orang lain? Faktor ini membuatkan pemuda takut berkahwin. Gambaran seperti ini semakin memberat apabila hidup dikuasai berhala bernama materialisme. Apatah lagi masyarakat terlalu meletakkan ukuran materialisme dalam menjalani kehidupan.Al-Quran mengecam keyakinan materialisme seperti ini dan menyuruh kitaberfikiran optimis.

Lihatlah Allah memberi berita gembira berupa kecukupan kehidupan bagi pasangan yang berkahwin:“Dan nikahkanlah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yanglayak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin,Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya, dan Allah Maha Luaspemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur:32).

Nah, Allah telahpun memberi jaminan! Jaminan siapa yang lebih patut dipercayai?

Umar Al-Khattab, sahabat agung, pernah berkata sebagaimana dikutip darial-Qurtubhi:“Saya sangat takjub dan hairan dengan orang-orang yang tidak mahu menikah kerana takut miskin, dan tidak mahu mencari kekayaan melalui perkahwinan,padahal Allah telah menjaminnya.

”Nabi Muhammad s.a.w. juga memberi gambaran yang praktikal. Dalam sebuah riwayat dari Abu Hurairah r.a.:“Makanan dua orang dapat mencukupi tiga orang, dan makanan tiga orang dapat mencukupi empat orang.” (HR Bukhori dan Muslim).

Tidak hairanlah Ibnu Mas’ud pernah berkata,“Carilah kekayaan dan rezeki melalui pernikahan,” kemudian beliau membacafirman Allah dalam surah al-Nur, ayat 32. Apalagi, sama-sama hapuskan berhala materialisme dalam hati dan fikiran.

Buat kaum Hawa...yakin dan percayalah pada insan yang telah ditunjukkan Allah dalam istikharahmu walau apapun keadaannya pada masa ini, asalkan baik agamanya. Samada dia masih belajar atau masih bertukar-tukar kerja, percayalah padanya.



Buat syabab...rezeki Allah amat luas, jangan dirisaukan sangat. Walaupunsesuatu pekerjaan itu tidak terpandang di sisi masyarakat contohnya bekerjasendiri namun terakam mulia dalam hadis Rasulullah s.a.w. Beliau bersabda:“Pekerjaan yang terbaik adalah usaha seseorang dengan tangannya sendiri dan semua penjual beli yang baik.” (HR Ahmad, Baihaqi dan lain-lain).

Jika kerisauan untuk menikah disebabkan faktor orang tua, berbincanglah dengan mereka penuh hikmah. Hati mereka milik Allah, dipegang Allah dan bolehdilunakkan oleh Allah dalam sekelip mata. Ianya menuntut doa, kesungguhan dankeberanian. Orang tua akan cair jua dengan kebaikan kerana merekalah insan yangpaling inginkan kebaikan untuk seorang anak. Percayalah!Jika terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan makalaksanakanlah khitbah (pertunangan) .
Selama tempoh khitbah, berkongsilah apa yang dirasakan mustahak dan tidakterlalu kerap berhubung untuk menjaga kesucian ikatan. Tempoh itu sesungguhnyaamat menguji. Pastikan ikatan itu terjaga dari kelalaian dan segala perbuatanyang menghampiri zina.Laksanakanlah ikatan dengan mana yang paling memudahkan lelaki.

Aisyah r.a. menjelaskan,“Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya.” (HR. Ahmad). Oh, kaum Hawa! Tidakkah kamu mahu menjadi wanita yang berkat? Oh, mudah kahwin itu rupanya jika ikut agama!

Apa tunggu lagi wahai yang dah berpunya? Pilihlah untuk berkahwin. Takutlah pada Allah melebihi takutmu pada segala persoalan di benakmu. Yakinlah padaAllah. Berdoalah pada-Nya agar dipermudahkan nikah buatmu.“Wahai para pemuda, siapa yang mampu, berkahwinlah! Sesungguhnya iamenundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa yang tidak mampu makaberpuasalah.” (HR Bukhori)

kiriman ungguviolet, inspirasi tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin dlm 'SERUAN BUAT SI BELANGKAS'
Baca lagi!