Posting Terkini!!!

Apabila Seseorang Datang Bertanya!!! ~~ Part 1


"Apabila datang kepada kamu peminang yang engkau puashati dengan agamanya dan kelakuannya, maka kahwinkanlah dia. Jika tidak, akan berlaku fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang berpanjangan " ~hadis riwayat At Tirmidzi.


Hadis diatas ana petik dari sebuah buku yang bertajuk "Tarbiyatul Awlad Fil Islam" (Pendidikan Anak-anak Dalam Islam) karangan Sheikh Abdullah Nasih Ulwan yang sempat ana belek sebelum ke tempat kerja pagi tadi. Hadis ditujukan kepada pihak wali dan seseorang muslimah yang terlibat dengan situasi itu.

Ana tidak berhasrat untuk memberi penjelasan dari sudut asal perincian hukum terhadap hadis tersebut berikutan ana masih mengkaji sepenuhnya hadis tersebut dari segi Sanad dan Matan. Cuma ana berminat untuk berkongsi meneliti pengajaran daripada zahir hadis tersebut berdasarkan serba sedikit petunjuk kedhaifan ilmu yang ana ada. Moga-moga beroleh manfaat bersama.

Situasi Serba Tak Pasti

Suatu realiti yang tak pasti adalah perkara biasa bagi muslimah yang disapa, umumnya begitu dan kes agak terpencil bagi muslimin pula yang disapa, tetapi tidak mustahil berlaku. Realiti umum tersebut sememang selalu berlaku terhadap muslimah yang samaada sedang menanti atau tak menyangka.

Maka atas kefahaman , perjalanan yang perlu diteruskan maka keputusan terhadap persimpangan ini perlu diharungi dan dibuat. Keputusan yang melibatkan beberapa pilihan samaada a) menerima b) menolak c) menerima bersyarat d) menolak beralasan .
Persimpangan membuat keputusan yang besar begini adalah memerlukan beberapa teknik yang harus difahami, jika tidak , muslimah terbabit akan terus berlegar-legar dalam situasi tak pasti, yang mungkin dia merasakan dia masih belum membuat keputusan tetapi sebenarnya tindalan begitu adalah pra keputusan terhadap pilihan b iaitu menolak . Keputusan pilihan b yang berasal dari kitaran minda yang tak pasti itu adalah menggambarkan kurangnya kefahaman muslimah tersebut tentang teknik-teknik penting bagi menempuhi persimpangan kehidupan.

Memahami Tentang Perkahwinan

Pemahaman mengenai tujuan utama perkahwian adalah perkara penting yang perlu dibincang sebelum berbincang berkaitan teknik menempuh persimpangan keputusan. Jika kita meneliti doa iftitah yang kita baca setiap kali solat itu, maka kita akan bertemu jawapan disana.

"Sesungguhnya solatku , dan urusanku , dan hidupku dan matiku kerana MU tuhan sekalian alam"

Maka baitan lafaz doa ini sudah cukup untuk menjelas tujuan utama perkahwinan. Lafaz diatas jelas memberi erti bahawa keredhaan Allah yang dicari . Maka asas utama untuk kita letakkan dalam penentuan keputusan sedemikian.

Seperkara lagi, saya rasa anda sudah jelas bahawa perkahwinan bukanlah hanya kisah tentang penyatuan "lelaki&perempuan" atau "suami&isteri . Perkahwinan adalah kisah penyatuan dua buah keluarga . Ia bukan sekadar berkisar suami&isteri bahkan ia melibatkan mertua&menantu, ipar duai dan seterusnya.

Jika sekadar penyatuan suami&isteri pun ianya menjadi suatu polemik keputusan, maka kerunsingan akan lebih bergelojak jika paradigma berkaitan penyatuan dua buah keluarga di dinyatakan.
Saya melihat, saya melihat jawapan bagi lontaran ini masih berpijak pada asas dan tujuan utama perkahwinan yang telah saya nyatakan. Permasalahan hanya terletak pada "Bagaimana pemikiran berkaitan perkahwinan ini diurus?"

Merungkai Kerunsingan

Tadi saya ada menyebut tentang teknik-teknik menempuh persimpangan kehidupan yang perlu difahami oleh muslimah yang masih berminda tak pasti. Sememangnya saya bukanlaj pakar dalam bidang ini. Tetapi mungkin perkongsian yang dhaif ini sedikit sebanyak dapat merungkai persoalan "Apabila Seseorang Datang Bertanya!!!" yang telah saya tajukkan ini kepada yang masih kabur .

Sebenarnya saya menjelaskan sedikit persoalan ini dalam posting saya yang lalu di dalam blog saya kalam-bicara.blogspot.com dalam tajuk "Kisah Gerai Berisi" . Dalam sub tajuk "Pilihan Dalam Kehidupan" saya ada menjelaskan berkaitan bagaima emosi itu perlu diurus. Perbincangan kali ini dikira sebagai sambungan daripadanya.

Bicara yang dihidang sudah mula terasa sedapnya. Saya rasa saya harus berhenti seketika...
Saya akan sambung bual bicara ini dalam part 2 nanti... cukuplah setakat ini dulu untuk meransang kepedulian anda.

Baca lagi!

Akhlak itu dakwah!

Bercakap tentang teori dakwah cukup lancar bagi sesetengah orang..jika ditanya,hui! mau sejam jugak kuliahnya apabila bercakap tentang dakwah secarateorinya..malah mereka boleh menceritakan bagaimana praktik dakwah..pun secara teori juga..

Bagi individu yang terlibat dengan dakwah..mereka akan kurang bercakap tetapi lebih dalam melakukan usaha dakwah..tetapi, timbul satu persoalan di sini..adakah orang2 tertentu sahaja yang mampu melakukan usaha dakwah?
Bila kita melihat dakwah kepada YANG BELUM LAGI ISLAM di Malaysia ini.. Kita dapatmelihat usaha dakwah majoritinya dan yang paling agresif adalah dikalangan rakan-rakan kita yang re-vert (yang kita selalu panggil mualaf, walaupun sudah masuk Islam dekat 20 tahun)

Dalam penulisan ini saya ingin memberi idea bagaimana anda boleh memulakan usaha dakwah tanpa anda perlu berguru selama 10-20 tahun untuk menjadi pendakwah.

Caranya mudah sahaja.. Tunjukkan anda adalah seorangmuslim yang mempunyai akhlak yang baik.. Akhlak yang baik akan memikat sesiapa sahaja.. Jika anda selalu menunjukkan akhlak yang baik kepadasahabat2 yang BELUM LAGI ISLAM.. InsyaAllah itu akan menyumbang kepada keislamannya suatu hari nanti..

Apabila kita kembali kepadaperiod dakwah RAsulullah, kita dapat melihat terpesonanya orang untuk masuk Islam salah satunya disebabkan hebatnya akhlak Rasulullah..

Apabila kita melihat penyebaran Islam kepada negara-negara selain tanah Arab yang berlaku pada zaman sahabat, tentu sahaja mereka amat berlainandari segi bahasa dan budaya.. tetapi pengislaman itu berlaku keranaterpesona dengan akhlak yang ditonjolkan oleh pendakwah yang ikhlas ini..Jadi sahabat-sahabatku. .tidak perlu pecahkepala..bagaimana anda boleh menyumbang dalam dakwah kepada sahabat2 muyang BELUM LAGI ISLAM..

Jadilah muslim yang baik dan berakhlak mulia..InsyaAllah, moga terbuka hati mereka..dalam masa yang sama sedikit2 mempelajari tentang dakwah daripada orang yangbetul..InsyaAllah, sahabatku akan menjadi pendakwah yang hebat suatu hari nanti..

Dakwah itu mudah..betul! :)
.
Baca lagi!

"you'll never walk alone"

Begitulah bunyinya slogan ziarah ukhwah ke rumah sahabat kita di Kapar. Sebelum ini kita uar-uarkan bahawa salah seorang sahabat kita ditimpa musibah. Laporan lanjut akan menyusul selepas rombongan ziarah balik nanti... tunggukanlah Baca lagi!

Tingkatan Puasa

| 0 comments

Menurut Imam al-Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumuddin, tingkatan puasa diklasifikasi menjadi tiga, iaitu puasa umum, puasa khusus, dan puasa khusus yang lebih khusus lagi.

Puasa umum adalah tingkatan yang paling rendah iaitu menahan dari makan, minum dan jima'. Puasa khusus, di samping menahan yang tiga hal tadi, juga memelihara seluruh anggota tubuh dari perbuatan maksiat atau tercela. Sedangkan puasa khusus yang lebih khusus adalah puasa hati dari segala kehendak hina dan segala fikiran duniawi serta mencegahnya memikirkan apa-apa yang selain Allah.

Puasa tahap ketiga tadi adalah puasanya para Nabi-nabi, Shiddiqin, dan Muqarrabin. Sedangkan puasa tahap kedua adalah puasanya orang-orang salih - puasa tingkat ini yang seharusnya kita tuju untuk mencapainya.

Selanjutnya Imam Al Ghazali menjelaskan enam hal untuk mencapai kesempurnaan puasa tingkatan kedua itu:

Pertama, menahan pandangan dari segala hal yang dicela dan dimakruhkan serta dari tiap-tiap yang membimbangkan dan melalaikan dari mengingat Allah. Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa meninggalkan pandangan kerana takut kepada Allah, nescaya Allah menganugerahkan padanya keimanan yang mendatangkan kemanisan dalam hatinya.

Kedua, menjaga lidah dari perkataan yang sia-sia, berdusta, mengumpat, berkata keji, dan mengharuskan berdiam diri, menggunakan waktu untuk berzikir kepada Allah serta membaca Al-Quran. "Dua perkara merosakkan puasa," sabda Rasulullah SAW, "Iaitu mengumpat dan berbohong."

Ketiga, menjaga pendengaran dari mendengar kata-kata yang tidak baik, kerana tiap-tiap yang haram diucapkan maka haram pula mendengarnya. Rasulullah SAW menjelaskan: Yang mengumpat dan yang mendengar, berserikat dalam dosa.

Keempat, mencegah anggota-anggota tubuh yang lain dari perbuatan dosa. Seperti mencegah tangan dan kaki dari berbuat maksiat dan mungkar, mencegah perut dari memakan yang syubhat dan haram.

Kelima, tidak berlebih-lebihan dalam berbuka sampai perutnya penuh makanan. Orang yang berbuka secara berlebihan tentu tidak akan dapat memetik manfaat dan hikmah puasa. Bagaimana dia berusaha mengalahkan musuh Allah dan mengendalikan hawa nafsunya, jika saat berbuka dia justeru memanjakan nafsunya dengan makanan yang terhitung banyak dan jenisnya.

Keenam, hatinya senantiasa diliputi perasaan cemas (khauf) dan harap (raja'), kerana tidak diketahui apakah puasanya diterima atau tidak oleh Allah. Rasa cemas diperlukan untuk meningkatkan kualiti puasa yang telah dilakukan, sedangkan penuh harap berperanan dalam menumbuhkan optimisme.

SEMOGA RAMADHAN TAHUN INI AKAN MEMBAWA RAHMAT DAN BARAKAH KEPADA KITA SEMUA….INSYA ALLAH.
Baca lagi!

Ukhwah: Pada Teori Sebuah Modul Tarbiyah

Persoalan

Gejala tarbiyah adalah suatu perkara yang tidak pernah habis dibincangkan oleh suatu organisasi gerakan Islam. Salahsatu elemen penting dalam tarbiyah yang menjadi perkara ukuran adalah persoalan ukhwah. Ini kerana kemantapan ukhwah sering dikaitkan dengan 'kejayaan' atau 'kegagalan' proses tarbiyah yang telah dijalankan.


Bicara kali ini bukanlah, bertujuan mengupas persoalan ukhwah pada perbincangan yang menyeluruh, tetapi hanya sekadar membuat penelitian dan penilaian terhadap penghayatan pemahaman ukhwah dikalangan ahli-ahli organisasi yang pernah disertai penulis suatu ketika dahulu.

'Chatroom Panas'

Baru-baru ini , dalam satu ruangan chat , penulis telah bersembang dengan salah seorang daripada bekas rakan seorganisasi dulu dan satu permasalahan telah dilontar . Ikuti perbualan ;

* Muqaddimah
Penulis : salam
Si 'A' : salam
Penulis : dok kat tempat keja lg ker
Si 'A' : duk kat rmh
Penulis : blk awal hrni , kat offce xdak intrnet, kat rmh ada internet
Si 'A' :Ya
Penulis : erm ....bz ker
Si 'A' : tak, tgh check email
Penulis : oh, ye ke . Skrg ni org kuat nisa' ker?
Si 'A' : x kuat sgt
Penulis : ye ker, kira aktivis la
Si 'A ' : ckit2 , ana ajk biasa shj. tlg akak2

* Lontaran Permasalahan
Penulis : ana sedang ligat berfikir tntg satu perkara
Si 'A' : pkara aper akhi?
Penulis : tntg kepedulian
Si 'A' : kpedulian... mksudnya???
Penulis : ye la.... kdg2 takut idealistik sgt. kalau dah baca proposal ana... fhm la.
jika masih tak baca.... , maka itu lah persoalan kepedulian tu
Si 'A' : dah baca dah. x idealistik. cmnya.... enthlah. ana pun ssh nak tafsirkannya
Penulis : ana dah bg cadangan realistik rasanya...tp
Si 'A' : tak di endahkan, tak dipedulikan
Penulis : mungkin ana perlu bersabar utk mencetus mahu. sahabat2 perlu di ingatkan
ruang utk menyampaikan perlu dicari .... setakat sorang dua bleh la ana call
masih dlm perancangan jer utk ana buat satu prgm utk alumni ni
x sampai ms lg dan ana msh tak bersedia
Si 'A' : takpe la akhi , teruskan usaha. insya allah kalu ada2 apa2. ana support
Penulis : ana melihat saluran siber maya adalah saluran plg relevan
Si 'A' : maybe utk yg ada intnrnet... tp kalu xdak pun . leh cr alternatif
bgntung kpd rasa tggungjwb seseorg dan rasa iktn
ukhuwah sesama ahli

Penulis : ha tau takpa. keja hebat2. duit ada
Si 'A' : skgni ada broadband.lg canggih

*Mencapai maksud
Penulis : kdg2 nak abiskan 1sen sms utk sahabat pun susah.tp dgn bkl zauj or
zaujah bleh plak
Si 'A' : standard la tu.... bg org yg sbegitu
Penulis : ni tak betul.... kdg tazkirah tiap2 hari
Si 'A' : sapa yg bleh ubah mind, kalu dr sendiri x leh. ana sokong 110 %
bila dh ada bkl zauj ni, lupa plak shbt sprjuangan
Penulis : ana sendiri pun terkilan dgn sahabat batch ana
Si 'A' : kdg2 ana sedih gak, sekejap je ikatan ukhuwah longgar, dek krn................
lum kawin lg tu. kalu dah kawin
Penulis : dah kwn nanti tak tau nk sembag apa plak, sbb dah hbs dibincang
Si 'A' : tu la tu. entahlah........... ssh utk ditafsirkan......
Penulis : ni mslh tarbyh dan sikap, mayb ni salah peranan alumni. ok, salah satu
Si 'A' : tp kan, alumni br jer tubuh. kalu nak ikutkan brape jer yg hadir ms pnubuhan hrtu
Penulis : yer...

* Mencari Penyelesaian
Si 'A' : kalu ada rs tggungjawab maybe dtg . jdnya nak buat cmner akhi
Penulis : mmg ...perkara ni perlu diselesaikan dulu
Si 'A' : nak buat pgrm mantapkan tarbiyyah
Penulis : perkara yg plg penting adalah peduli. asasnya peduli.
jika tak dtg tp ambik berat pun dah ok
Si 'A' : tanya khbr ke, btui tak? tp, nak buat cmner. fitrah sikap ahli kot
Penulis : masalah tarbyh yg tak selesai ms di kampus
Si 'A' : kalu ms kat kmpus trbiyyah ok. cmner plak tu. xpelah
Penulis : ok mcm mana tu tarbiyah dulu ok, skrg tak ok.
Si 'A' : maybe depa buzy, x bkempatan kot
Penulis : mmg itu realiti... ana cerita kemungkinan yg ada proposal tntg fasiliti internet
Si 'A' : kena wat kempen ni, satu rumah ,ada link intrnet. x pelah akhi zikr
nak wat cmner mana tau depa duk doa
Penulis : itu dlm fikiran ana

Begitulah keluhan penulis bersama sahabatnya Si 'A' . Keluhan ini adalah pada pemerhatian suatu realiti . Ringkasan maksud perbualan tadi adalah, si penulis telah mengemukakan satu cadangan untuk menjadikan medium siber internet sebagai medium penghubung . Dimana kosnya adalah mudah dan praktikal jika dibandingkan dengan pertemuan atau panggilan telefon. Penulis juga telah mengemukakan beberapa tindakan yang perlu diambil. Namun, sambutan sangat suram . Entah apakah alasan yang kukuh, masih penulis persoalkan. Jika dikatakan sibuk, penulis mempersoalkan mengapa , luangan masa untuk perkara yang lain boleh . Sejauh manakah sibuk, atau sekadar alasan mencari pelepasan. Semua orang sibuk dengan tugas harian masing. Hasil perbincangan meletakkan persoalan sikaplah puncanya. Sikap dikaitkan dengan tarbiyah dan perasaan ukhwah . Namun, masih dipertikaian pula, kenapa suatu ketika dulu tarbiyah dukatakan ok .

Ukhwah Pada Erti dan Orientasi

Setelah perbincangan ,perkongsian bagi suatu senario telah dibuat , maka di bab ini penulis ingin mengungkap bibit renungan buat panduan. Itulah yang dinamakan realiti, iaitu realiti apabila kesan terhadap proses yang dikehendaki adalah tidak seperti yang tak diduga.
Penulis melihat permasalahan ini pada orientasi pemahaman ahli sewaktu proses tarbiyah dibina.
Kebanyakan pendokong sesuatu organisasi adalah sebenarnya telah terdoktrin dengan tradisi melakukan sesuatu tanpa terlebih dahulu jelas dengan hasil terakhir yang dikehendaki. Sememangnya hasil sesuatu proses tarbiyah membentuk ukhwah dikalangan ahli adalah tepat seperti yang digariskan, namun permasalah yang tidak dilihat oleh ahli sebagai masalah adalah "tidak jelas" . Tidak JELAS akan bagaimana hasil akhir yang diinginkan . Ketidakjelasan itu adalah termasuk ,

  • tidak ditetapkan secara specifik akan sampai bilakah ukhwah harus dipertahankan
  • bagaimanakah pula UKHWAH harus dipertahankan pada realiti berkerjaya?
  • Apakah langkah-langkah dan tindakan yang perlu diambil ?
  • Tidak bertindak proaktif bagi memperbetulkan sikap seperti situasi berikut ; "Jika situasi internet boleh dijadikan medium terbaik untuk berhubung, ahli-ahli pula sayang duit dan dirasakan pelaburan untuk mendapatkan fasiliti sebagai perbelanjaan kerugian. Jika betul-betul tak mampu menyediakan fasiliti sekalipun. Takkanlah seminggu sekali , berkunjung ke cybercafe untuk melayari internet untuk sahabat pun tak boleh "
Menilai pada orientasi tradisi , persoalan tarbiyah ini hanya diletakkan secara kemas dan tersusun di dalam modul-modul tarbiyah dan di post-mortemkan secara teliti selepas menjayakan sesuatu program dan hasilnya, begitulah apa yang kita dapat lihat sekarang dari gejala-gejala yang telah dikemukakan tadi .

Seharusnya orientasi pemahaman UKHWAH perlu diubah. Jika tidak , tinggalah UKHWAH pada TEORI SEBUAH MODUL TARBIYAH.

dipetik dari blog: kalam-bicara.blogspot.com
Baca lagi!

Makanan Ruh berpengaruh ke atas akal

| 0 comments

Disebabkan manusia terdiri daripada komponen jasad, akal, ruh dan nafsu, makanan ruh tidak kurang pentingnya. Dalam Islam, bacaan al-Quran, al-Hadis dan lain-lain seperti yang disebutkan di atas bukan sekadar makanan akal bahkan juga boleh dianggap sebagai makanan ruh.





Aktiviti membaca dan mengkaji dalam Islam tidak dilihat dari segi kognitif semata-mata, ia harus disertai dengan aspek kejiwaan yang berusaha menjadikan ilmu yang diperolehi sebagai suatu landasan untuk merasai kebesaran Allah, justeru mendekatkan diri kepada-Nya. Banyak lagi makanan ruh yang boleh ‘disuapkan’ seperti berzikir, berdoa, berpuasa dan menziarahi kubur. Ruh yang sejahtera mampu mengatasi gangguan syaitan yang dapat mengganggu daya kreativiti daripada digunakan untuk jalan kebenaran.







Aspek kerohanian sesungguhnya amat penting untuk dikaitkan dengan daya kreativiti. Seyyed Hossein Nasr (1981) sebagai yang dipetik oleh Beaudin (2005) menyifatkan bahawa kemerosotan kesenian Islam dalam kalangan umat adalah disebabkan oleh kemerosotan keruhanian umat itu sendiri. Ia dipersetujui oleh Burckhardt (1987). Beliau malah menyanggah beberapa dakwaan palsu yang mengatakan bahawa kemerosotan tersebut adalah disebabkan oleh ‘kurangnya imaginasi’ dalam kalangan karyawan Muslim. Disiplin kerohanian majoriti tokoh-tokoh kreatif Muslim silam membenarkan lagi akan hal ini. Al-Ghazali sebagai contoh cukup tersohor dengan amalan kesufian. Perjalanan rohani beliau dari Baghdad ke Damsyik, Jerusalem, Hebron, Madinah, Mekah dan kembali semula ke Baghdad telah menyerlahkan lagi daya kreativiti beliau yang antara lain dapat diukur berdasarkan penghasilan karya-karya agung dalam pelbagai bidang; falsafah, fiqh dan puisi (Wan Hazmy, Zainur Rashid & Hussaini, 2003).



Baca lagi!

[TautanHati] TABUNG KHAIRAT KEMATIAN.....

| 0 comments

From:
To:
TautanHati@yahoogroups.com


Assalamualaikum. .....

Moga shbt2 TAUTAN HATI di bwh rahmat dan dlm
lindungan Allah S.W.T.
Sebagaimana yg kita telah sedia maklum, ayah kepada Akhi Farisan
telah kembali ke rahmatullah. Sehubungan dgn itu, Lujnah Kebajikan
ALUMNI TAUTAN HATI, memohon kerjasama drpd semua sahabat2 TAUTAN HATI
untuk memberi sumbangan seikhlas hati ke Tabung Khairat Kematian.

Oleh kerana dana kewangan ALUMNI TAUTAN HATI yang masih lagi
kekurangan, kami menyeru kepada semua sahabat2 untuk sama2 membantu
dalam hal ini.

Kerjasama drpd semua pihak amatlah dihargai...
Dan, kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan blehla bank in
kan ke :

NO AKAUN MAYBANK : 164306370424
NAMA : AISHAH BT ABD RAHIM

FROM :
LUJNAH KEBAJIKAN ALUMNI TAUTAN HATI

*dipost semula oleh kalam-bicara, sumber yahoogroup tautanhati

Baca lagi!

Pemergian Ayahnya Farisan : Dimanakah hati yang bertaut itu?

| 1 comments

"Sahabat.... dah lama kita tak berjumpa " , inilah keluhan hatiku . Setelah hampir dua tahun tak bersua dengannya . Sahabatku , yang pendiam ini.... pasti banyak kesilapanku padanya yang masih tidak dinyatakan.



Sehari dua ini, aku dikejutkan dengan berita kematian ayahnya melalui YM chat dengan seorang muslimat yang juga isteri sahabatku Mahmud . Beliau memberi tahu bahawa , saudara Farisan masih berada di Qatar atas urusan kerja .



Kesempatan ini, takziah kuucapkan pada beliau dan diharapkan supaya bersabar dengan ujian dunia ini. Yang pergi tetap pergi , namun perjuangan hidup ini perlu diteruskan.



Memikirkan soal ini , terdetik dihatiku untuk tautanhati untuk berperanan. Mindaku tepat mencari lujnah kebajikan, terus aku mencapai telefon dan mendail nombor Akh Rasy'ain , namun panggilanku tidak dijawab .





"Mungkin dia sibuk ", getus hatiku menenangkan keadaan . " Inilah waktunya lujnah kebajikan berperanan, bukannya kerja asyik dok nak mem'BM'kan orang jer" detik hatiku, nampaknya mindaku semakin nakal .



Apapun sahabatku Rasy'ain jangan terasa hati dengan getusan hatiku yang nakal itu, tapi lihatlah dari sudut positif bahawa diwaktu ini, lujnah kebajikan juga perlu berperanan.



Akhir kalam, Alfatihah.... marilah sama-sama kita sedekahnya pada arwah dan doakan supaya beliau dicucuri rahmat dan keampuanan Allah.

Baca lagi!

Kertas Cadangan Webblog TautanHati

| 2 comments

Muqaddimah dan Rasional

Alhamdulillah , kertas ini sebenarnya merupakan edisi kedua yang bertujuan untuk memperkemaskan penjelasan dan meluaskan skop fungsi kewujudan blog tautanhati.

Untuk makluman semua, sebelum ini proposal blog tautanhati hanyalah memfokuskan kepada ahli tautanhati yang bergelar alumni. Fokus sebelum ini sebenarnya hanyalah sekadar resolusi untuk mengatasi kesunyian ‘yahoogroup tautanhati’ yang dilihat kurang berfungsi dalam menyatukan ahli tautanhati. Maklumat lanjut tentang proposal pertama sila rujuk link Webblog: Pengubat Sunyi TautanHati

Pengemasan dan pelebaran skop pada proposal kali ini adalah untuk menyatakan bahawa fungsi webblog perlu dirangkum bagi menjadi suatu medium untuk memberi sumbangan terhadap adik-adik JIK yang bakal menjadi ahli ALUMNI tautanhati suatu masa nanti.

Pengemasan yang ana lihat adalah , ‘webblog tautanhati’ seharusnya menjadi ‘one stop center’ sebagai bukan sekadar menjadi medium ukhwah dan perkongsian sesama ahli alumni sahaja , bahkan ia lebih daripada berfungsi menjadi medium ‘memberi’ sumbangan kepada adik-adik JIK.

Memahami konsep ‘memberi’ dan menyedari bahawa ‘tangan yang diatas lebih baik daripada yang dibawah’ maka, kewujudan medium tanpa sempadan dan fleksibel ini adalah sebenarnya mengurangkan alasan untuk tidak ‘memberi’ . Sememangnya kita maklum bahawa ‘memberi’ adalah suatu yang tidak dapat dinafikan kemuliaannya , namun, penghalangnya adalah sikap acuh tidak dikalangan ahli alumni di dalam melibatkan diri di dalam memberikan sumbangan.

Disini, saya tidak menafikan persoalan keterbatasan masa dan ‘akses’ terhadap fasiliti internet adalah salahsatu halangan utama. Namun, ianya bukan suatu ‘excuse’ untuk kita sambil-lewa serta tidak langsung memberi apa-apa sumbangan. Tanyalah diri anda diri anda, apakah usaha terbaik selama ini yang telah anda lakukan untuk terus memberi sumbangan ? dan Adakah anda termasuk di dalam golongan terlalu kreatif untuk mencari ‘excuse’ , mencipta alasan , ataupun menjadi golongan tidak pernah peduli tentang persoalan ini? Fikir-fikirkanlah, pastinya anda tidak boleh membohongi diri anda, golongan manakah diri anda?

Bagi diri saya, merupakan individu yang agak terbatas dari segi geografi untuk datang memberi sumbangan secara langsung kepada adik-adik JIK dan ditambah lagi dengan komitmen kendiri yang pastinya tidak mudah untuk saya datang selalu ke kampus untuk menjenguk adik-adik JIK , maka sumbangan berbentuk maya ini adalah jalan terbaik bagi saya. Namun saya tidak menafikan, sahabat-sahabat lain juga masih cara lain untuk ’memberi’ sekiranya masih tidak mampu untuk bersama menyahut cadangan saya ini.

Akhir kalam , usaha kerdil saya ini dalam membentuk satu sistem untuk memberi sumbangan pada semua sebenarnya adalah untuk mamastikan kita semua terus bersama-sama diatas landasan dakwah yang mana pernah kita nekadkan dalam proses tarbiyah yang telah kita lalui di kampus suatu ketika dahulu.

Sekian dulu, Salam mahabbah, salam mujahadah dan salam istiqamah.

Matlamat Mewujudkan Blog TautanHati

  1. Mewujudkan suatu medium ukhwah maya berkonsepkan ’jauh dimata dekat dihati’.
  2. Mewujudkan medium alternatif selain yahoogroup sebagai saluran penghubung dan saluran perkongsian maklumat.
  3. Mewujudkan medium perhubungan interaktif dan mempunyai beberapa kelebihan berbanding yahoogroup sepertimana yang telah dijelaskan dalam proposal pertama.
  4. Menjadikan ianya sebagai satu saluran bagi adik-adik JIK utnuk mendapatkan panduan dan bantuan daripada alumni dan mencipta peluang untuk alumni memberikan sumbangan.

Asas dan Ciri-Ciri Blog

  1. Blog yang dibentuk dinamakan tautan-hati.blogspot .com
  2. Hanya ahli tautan hati dan adik-adik ahli JIK terpilih sahaja yang boleh membaca blog tersebut, ianya akan ditentukan oleh sistem blog yang dibina.
  3. Team admin akan dibentuk yang terdiri daripada Penulis Blog Tetap , Penyelenggara Blog yang berperanan untuk memastikan blog berfungsi selari dengan matlamat yang telah digariskan.

Pelan Tindakan

  1. Pembinaan asas blog
  2. Pembentukan Team Admin
  3. Kursus /Taklimat berkaitan kepentingan blog dan asas penggunaan blog.

Penutup

Apa yang ana harapkan, maksud ana dapat disampaikan melalui kertas kerja ringkas ini. InsyaAllah, sebarang pembaharuan atau maklumat terkini berkaitan dengan usaha ini, akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Sekian , Wassalam.


Yang Menjalankan Amanah

Ketua Perhubungan Alumni



Baca lagi!

Sejarah Alumni

| 1 comments

Baca lagi!

Menangani Cinta di Kampus

| 0 comments


suatu rakaman suasana di kampus.....

Menangani Cinta Di Kampus

Apakah itu Cinta?

  • Perasaan kasih yang mendalam terhadap sesuatu.
  • Antara suka, saying , kasih, cinta rindu, syok dsb…

Kenapa manusia bercinta?

  • Fitrah manusia bercinta, hati manusia kosong tanpa cinta.
  • Rasa ingin menyayangi dan disayangi , memiliki dan dimiliki.
  • Memenuhi naluri kelakian dan kewanitaan.

Apakah jenis-jenis cinta?

  • Cinta agung: iaitu cinta kerana Allah
  • Cinta murni: iaitu cinta manusia kerana Allah dan mengikut syariat seperti cinta suami isteri
  • Cinta melampau: cinta manusia dengan disertai maksiat kepada Allah

Kenapa timbul isu cinta di kampus?

  • Umur pelajar universiti sudah mencecah dewasa
  • Tekanan di dalam belajar mendorong cinta
  • Pengaruh media dan persekitaran menggalakkan pergaulan
  • Keinginan mencari pasangan ideal
  • Ikut-ikutan

Apakah hukum bercinta sebelum kahwin ?

  • Perasaaan cinta bukan satu kesalahan kerana ia adalah dari hati.
  • Jika syariat dijaga sepanjang masa oleh kedua-dua belah pihak maka tiada masalah
  • Namun agak sukar menjaganya kerana dorongan maksiat amat mudah berlaku
    Awasi zina mata, zina hidung , zina lidah, zina tangan , zina fikiran(imaginasi) , dan perkara lain yang mendekati dan mendorong zina.
  • Syaitan sentiasa menghasut dan menemani cinta melampau
  • Elakkan cinta melampau, mencegah lebih baik daripada merawat.

Bagaimana mengatasi cinta melampau?

  • Merancang untuk bercinta dan berkahwin, supaya tidak bercinta terlalu lama.
  • Banyakkan puasa untuk kekang nafsu.
  • Pilih pasangan yang beragama dan memahami batas syariat.
  • Sentiasa mengikuti program ilmu dan tazkirah
  • Sentiasa ingat mengingati sesama sendiri
  • Elakkan bertemu tanpa pihak ketigaseperti keluarga dan sebagainya
  • Elakkan menggunakan menggunakan komunikasi intim
  • Usah terlalu kerap berhubung (telefon, sms, surat dsb)
    Sibukkan diri dengan kerja-kerja dan aktiviti bermanfaat, kurangkan berkhayal.
  • Kurangkan urusan dengannya.
  • Banyakkan doa dan munajat
  • Usah bercinta terlalu lama, kahwin segera jika mampu untuk elakkan zina

Dimana saya?

  • Belum ada kekasih: rancanglah bila anda mahu mula bercinta, letakkan azam cirri-ciri pasangan idaman, usah bercinta secara tak sengaja.
  • Sudah ada kekasih: berkahwinlah segera jika mampu dari segala segi. Jika tidak, pastikan cinta anda cinta murni, bukannya cinta melampau.
  • Usah dipandam masalah dan konflik jiwa, bincangkan dengan yang arif.
  • Selalu berdoa agar kita tidak terejebak dalam fitnah
  • Pastikan cinta agung itu diutamakan . Isi hati dengan cinta Allah nescaya ketenangan itu menjadi benteng gelombang maksiat.


Baca lagi!

Panduan bagi yang sedang Mencari Kesempurnan

Assalamualaikum...
Semoga bermanfaat.. ....

baik utk yang melamar ataupun yg dilamar,
ataupun bagi yang sudah berumah tangga......

Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga..

Mengapa?
Kerana Dia Manusia Biasa ......Kerana Dia Manusia Biasa ...



Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama.
Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu?

Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allahhinggalah jawaban duniawi.
Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya.


Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah.

Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja.Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati.Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadikenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya.Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasamajlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.

Sebenarnya.. ..!!!Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskanuntuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk).Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapanpernikahannya.

That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu sayamemutuskan untuk menginap dirumahnya.Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual-hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami.


Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapakali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur."Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini."Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur.""Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampuyang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyakperkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami.


Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama inisaya pendamkan."Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnyatanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati."Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4,saya melihat warnanya putih.

Hehehehehehe. ......."Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahansenyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saatinipun saya masih hafal dengan kata-katanya.

Begini isi surat itu

****************************************************************************************************************
Kepada Yth .........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum WBT .....
Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............ ... menginginkan anda ............ ...untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa.Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapiyang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluanisteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agaristeri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa.

Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Keranasaya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda?

Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakinmantap memilih anda.Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidakberani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih
baik dari sekarang ini.Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan.

Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini.

Amin
Wassalamu'alaikum WBT

************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ***
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyumtertahan."Kenapa kamu memilih dia......?""Kerana dia manusia biasa....... " Dia menjawab mantap.

"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikanapa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.""Maksudnya?""Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masihada. betuI tak?

Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin."Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kamibelum tidur. Terdiam kami memasang telinga.Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing."Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kamikembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya."Gik.....?""Tidur...... Dah malam."

Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingindia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatursegala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan.

Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yangtahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapisebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orangini/itu), ditanggalkan.Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama.


Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah.

MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa.


Amin....

Wallahu 'alam

*p/s : bagi yang mencari kesempurnaan .... anda takkan ketemu kesempurnaan selagi anda di dunia ini, betulkan niat, carilah keredhaan... terimalah bakal pasangan atau pasangan anda seadanya... sesungguhnya lelaki dan wanita dicipta adalah untuk saling lengkap-melengkapi, perbezaan yang saling memerlukan antara satu sama lain dalam meniti bahtera hidup demi mencari keredahaan. Jika anda melihat perbezaan dan kekurangan itu sebagai kelemahan... anda takkan ketemui jalan penyelesaian... pandanglah perbezaan dan kekurangan itu sebagai peluang... peluang untuk memberi khidmat kepada si suami atau si isteri , suami isteri perlu bersama-sama, lengkap melengkapi dan tolong menolong demi mencapai dan mendapatkan redha Allah.

dipetik dari kalam-bicara.blogspot.com

Baca lagi!

Wanita Peranan dan Tanggungjawab

| 0 comments





Fungsi wanita bukan sekadar seorang isteri... ibu ...

WANITA kerap dikaitkan dengan pelbagai peranan penting dalam menjamin keharmonian rumah tangga, masyarakat dan negara. Namun, hakikatnya, sama ada kita sedar atau tidak, peranan yang dikhususkan kepada wanita itu diselewengkan sehingga menimbulkan pelbagai kesan burukIni terbukti dengan bertambahnya jumlah wanita yang rosak akhlak, kadar kes perceraian, serta berleluasanya perbuatan jenayah yang dilakukan oleh anak muda akibat daripada salah asuhan atau pengaruh persekitaran. Fenomena ini sewajarnya dipandang serius kerana keutuhan masyarakat pada masa akan datang banyak bergantung kepada sejauh mana wanita menangani permasalahan ini secara bijaksana.



Peranan utama wanita

Firman Allah bermaksud: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia, melainkan supaya mereka menyembahKu.” (Surah Adz-Dzaariyat, ayat 56).

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa peranan atau tanggungjawab utama wanita adalah sama dengan lelaki iaitu mengabdikan diri kepada Allah. Adalah menjadi kewajipan wanita Muslim untuk berusaha sebaik mungkin agar dapat menjadi seorang insan yang tunduk dan patuh kepada-Nya, semata-mata dengan melaksanakan segala perintah Allah dan rasul-Nya. Mereka juga hendaklah menjauhi segala perkara yang ditegah. Kekuatan iman yang jitu adalah aset terpenting bagi seorang wanita agar menjadi benteng bagi mengharungi sebarang bentuk cabaran.

Wanita dan keluarga/rumah tangga

Peranan wanita dalam keluarga atau rumah tangga adalah amanah yang diperintahkan oleh Allah, sebagaimana firman-Nya, yang bermaksud:“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah an-Nisaa’, ayat 58)

Dalam sesebuah rumah tangga, dua peranan utama yang sewajarnya dimainkan oleh seseorang wanita iaitu sebagai isteri dan ibu. Seorang isteri sentiasa mendampingi suaminya sama ada dalam keadaan susah atau senang. Ibu pula terbabit secara langsung dalam memberi pendidikan kepada anak-anak serta menjaga hal ehwal rumah tangga dengan bantuan suami.

Wanita dan kerjaya

Islam membenarkan wanita keluar bekerja berdasarkan kepada keperluan seperti ketika ketiadaan suami, ketidakupayaan suami atau bekerja dalam jawatan yang memerlukan khidmat wanita seperti doktor, tenaga pengajar kepada kaum wanita serta bidang lain yang bersesuaian.

Bagaimanapun menurut Islam, keharusan wanita untuk keluar bekerja mestilah mengikut batas syarak iaitu:Kerja itu mesti bersesuaian dengan sifat kewanitaan. Kerja itu tidak menjejaskan peranannya sebagai isteri dan ibu Bertujuan murni sama ada untuk membantu keluarga atau menyampaikan kesedaran Islam kepada wanita lain Sentiasa memelihara kehendak syarak seperti menutup aurat. Sentiasa menjaga tata susila dan terhindar daripada berlakunya pergaulan bebas dengan lelaki.Mendapat restu daripada penjaga, bapa atau suami. Mengelak daripada melakukan perkara yang boleh membawa fitnah sama ada dari segi tindakan, cara berpakaian atau mengenakan perhiasan.

Apa yang pasti dengan keluarnya wanita bekerja tidak akan mengubah atau mengabaikan tanggungjawabnya utama sebagai serikandi dan bidadari dalam rumah tangga.

Wanita dan tanggungjawab sosial

Apabila memperkatakan peranan dan sumbangan wanita dalam pembangunan masyarakat dan negara, sejarah membuktikan bahawa sejak zaman Rasulullah, wanita secara aktif memainkan peranan mengikut batas ditetapkan. Misalnya, wanita bersama-sama lelaki mempelajari ilmu dan petunjuk Islam. Ada di antara mereka meriwayatkan hadis, bahkan Saidatina Aishah menunjukkan ketokohannya sebagai seorang yang mencapai kedudukan ilmu tinggi, sehingga sahabat seperti Abu Bakar, Umar dan Osman bertanya kepadanya mengenai ilmu faraid.

Wanita juga berperanan sama dengan lelaki dalam usaha membendung keburukan yang berlaku dalam masyarakat kerana ini adalah tanggungjawab setiap Islam.Firman Allah bermaksud: “Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah.” (Surah Ali Imran, ayat 110). Kepincangan dan kebejatan, terutama di kalangan muda-mudi hari ini sewajarnya menarik perhatian wanita untuk sama-sama berganding bahu mencari penawar paling mujarab. Tugas ini berat dan memerlukan kesabaran, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus dan tepung tidak berselerak.

Menangani peranan wanita secara bijaksana

Keadaan semasa secara tidak langsung memaksa wanita memainkan peranan seimbang di antara alam rumah tangga dan dunia masyarakat luar. Hal ini sebenarnya cabaran besar kepada wanita dan meletakkan wanita di persimpangan.

Persoalannya ialah sejauh mana seseorang wanita itu mampu melaksanakan semua tanggungjawab di atas serentak atau wajarkah mereka mengabaikan salah satu daripadanya? Jawapannya, pasti terletak di tangan wanita. Sesungguhnya wanita sentiasa memerlukan bantuan dan sokongan daripada semua pihak agar dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan. Perkara berikut adalah di antara panduan yang boleh digunakan oleh wanita untuk membantu mereka menjalankan tanggungjawab itu: Sentiasa memantapkan keimanan kepada Allah dan meyakini akan pertolongan-Nya. Keimanan mendalam akan dapat melahirkan wanita yang yakin pada dirinya sendiri dan mampu meneroka segala potensi anugerah Allah.

Melengkapkan diri dengan tiga ciri utama.

Ilmiah iaitu mengetahui sebanyak mungkin ilmu agama dan ilmu lain, termasuk hak sebagai wanita menurut perspektif Islam.

Siasah iaitu cuba memahami perkembangan politik tempatan dan antarabangsa untuk meluaskan fikiran dan pandangan sebagai seorang wanita yang peka kepada isu semasa.

Amaliyyah iaitu mengamalkan apa yang dipelajari dan difahami secara ilmiah.

Mendapatkan sokongan dan pengiktirafan dari orang yang paling hampir sama ada suami, ibu bapa atau keluarga.

  • Sokongan dan kebersamaan mereka ini menjadi penggerak utama kepada tugas seorang wanita.
  • Mempelajari secara bersungguh-sungguh bagaimana untuk menguruskan masa dengan lebih sistematik. Perlu ada perancangan kerja dan melaksanakan kerja mengikut susunan keutamaan.
  • Sentiasa menjalin hubungan yang baik dengan keluarga mentua seperti menjaga hubungan baik dengan keluarganya sendiri.
  • Sentiasa menilai perlakuan diri sendiri atau memuhasabah untuk mengukur sejauh mana baik buruknya sesuatu tindakan atau perkara yang dilakukan.
  • Sentiasa beristighfar dan memohon keampunan kepada Allah di atas kesilapan yang dilakukan sama ada disedari atau tidak.
  • Berlapang dada di atas teguran-teguran membina yang diberi oleh sesiapa sahaja untuk memperbaiki diri.
  • Melakukan kerja kebajikan umum secara amal supaya pelaksanaannya menjadi lebih mudah dan tersusun.

Berbahagialah wanita yang dapat menjalankan tugas di atas dan memainkan peranannya sebagai seorang wanita cemerlang mengikut kaca mata Islam. Yakinlah dengan janji Allah sebagaimana firman-Nya bermaksud:

“Sesiapa yang mengerjakan amal salih, sama ada lelaki atau wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik, dan sesungguhnya akan kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang sudah mereka kerjakan.” (Surah an-Nahl, ayat 97).


Baca lagi!

Kalendar Tautan Hati

| 0 comments

Under construction Baca lagi!

Aktiviti Tautan Hati

| 1 comments

Aktiviti 2007




Aktiviti 2008 Baca lagi!

Perutusan Presiden

| 0 comments

Assalamualaikum WTH... Baca lagi!

Tanzim ALUMNI TAUTAN HATI 2007/08

| 2 comments

Baca lagi!

Senarai Ahli Tautan Hati

| 3 comments

Senarai ahli disusun mengikut kumpulan Generasi (Gen). Terdapat 5 generasi Tautan Hati iaitu ;

  1. Gen 1 (kemasukan pada 2001)
  2. Gen 2 (kemasukan pada 2002)
  3. Gen 3 (kemasukan pada 2003)
  4. Gen 4 (kemasukan pada 2004)
  5. Gen 5 (kemasukan pada 2005)
  6. Dan seterusnya nanti......

Baca lagi!

[TautanHati] Webblog : Pengubat Sunyi Tautan Hati

| 0 comments

Sahabat Sekalian , semalam baru sahaja saya berbincang dengan tuan
Presiden Alumni.... setelas habis bertanya khabar, jenaka, gurau senda
, dan capai tujuan saya hubungi beliau , maka , terselit satu idea
yang telah saya nyatakan secara spontan kepada beliau untuk membentuk
satu webblog sebagai alternatif pengubat sunyi tautan hati...


Alhamdulillah , dengan sedikit kepakaran dan pengalaman yg saya ada ,
bermain dengan script2 programming blog ni, saya rasa saya mampu untuk
membina webblog tersebut ... sebagai sedikit bukti , anda boleh
kunjungi alifconsultant4all. blogspot. com . saya tak mau cerita tentang
apa itu Alifconsultant, melainkan anda sendiri lawati fahami dan
bertanya, sebab saya malas nak melayan orang yang malas untuk
mengetahui . jika nak tau , lawati , dan boleh bertanya kat sana .

InsyaAllah , atas kuasa ketua unit perhubungan , ana rasa perusahaan
blog ini dah jadi salahsatu tanggungjawab ana . Cuma lepas ni ana akan
pilih sahabat2 yang berkelayakan untuk menjadi 'team admin' ana . so.
akan ada tugas tugas untuk ana assign .

Beberapa posting sebelum ana terpandang posting daripada ukti
nur_syahadah or Aziati ....

Ok , ana come with solution...

ok, ni plan Dasar Ana tentang blog;

Kertas Dasar Webblog Tautan Hati

Rasional

Apakala melihat tautan hati yang sunyi , saya berfikir apa sebabnya..
Sedikit kesimpulan saya buat iaitu , inilah adalah persoalan sikap dan
kemampuan sahabat tautan hati terhadap penyediaan diri untuk terlibat
dalam dunia maya , yahoogruop.

Kebanyakan sahabat tautanhati, bukan peng'online' aktif . Kebanyakan
kita hanyalah pembaca . Jika ada penulis pun, ana rasa dengan
appearance yahoogroup yang kurang menarik maka kadang maklumat penting
pun tak dapat dilihat sebagai penting.

Bercakap soal sikap dan kemampuan, ana melihat sahabat TH seperti acuh
tak acuh dengan kemudahan teknologi ini, ditambah dengan sedikit ujian
dalam bentuk kemampuan dan keterbatasan untuk fasiliti dan masa untuk
mengakses internet , maka , hasilnya TH kian sunyi.

Sikap memang perlu diubah, tetapi perlu ada inisiatif supaya ia lebih
mudah. Bagi peng'online' tetap macam ana yahoogoup dah memadai, dan
bagi sahabat2 yg terbatas untuk online tadi, maka ana rasa blog lah
jawapannya . ok , nantikan blog tautanhati.blogspot .com , jumpa disana
nanti .

Ciri Ciri Blog

1) Blog akan dinamakan tautanhati.blogspot .com
2) Hanya ahli tautan hati sahaja yang boleh membaca blog tersebut,
ianya akan ditentukan oleh sistem yang ana akan bina.
3) Ana akan melantik penulis tetap , blog admin maintenance , dan
tugas lain difikirkan perlu , untuk mengelengara blog ini. Mungkin
sesi interview akan dibuat dan tawaran dibuka bagi yang berminat.
Advantage bagi yang dah ada blog sendiri, sebab tak penat ana nak
mengajar nanti. Bagi sapa yang nak belajar tentang blog pun ana
galakkan untuk datang interview.
4) Ana akan buat blog ni , supaya setiap ahli TH mudah untuk terlibat
dalam memberi sumbangan . InsyaAllah Ana akan wajibkan pengunjung blog
meninggalkan walaupun satu komen, jika mengunjungi blog ini, tak ada
alasan untuk tidak tinggalkan komen.

Tindakan

1) Buat permulaan ana akan mulakan dulu membina blog ini.
2) Selepas ana melantik team admin ana , mereka akan sambung , ana
akan monitor, dan kursus menyelenggara blog akan sediakan untuk mereka.
3) Kursus pengenalan blog insyaAllah ana akan sediakan kemudian utk
semua ahli tautanhati.. .

Penutup

Apa yang ana harapkan, idea yang idealisitik ini dapat direalistikan ,
sebagaimana sikap ana sendiri lebih suka memberi idea yang
'idealistik yang realistik' sahaja. Alhamdulillah pengalaman sedikit
yang ana lalui sebelum ini , mengajar ana semua ini.

Untuk renungan , 'datanglah anda dengan penyelesaian' atau "come with
solutin" , idea yang realistik dan jelas adalah ciri2 motto yang
selalu ana , pegang 'come with solution'... ....

oleh Kalam Bicara

*maaf ler kata ganti tetiba berubah daripada saya kepada ana, ni
mungkin dah jadi habit kot, bila sembang dgn org j tetiba berubah,
masuk kandang kambing mengembek , masuk kandang harimau..."nak mampus"


Baca lagi!